Jurujual, penjaja tak mengaku ‘suap’ penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

JOHOR BAHRU — Seorang jurujual syarikat aksesori telefon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM3,000 kepada pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), awal tahun ini.

Tan Poh Wey, 41, mengaku tidak bersalah memberi suapan wang tunai itu kepada Syed Hanif Syed Nasir, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat 53 Mobile Trading kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan gagal mematuhi notis supaya memberhenti perniagaan itu.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di Jalan Pulai Mutiara 4/7, Taman Pulai Mutiara, di sini, kira-kira jam 5 petang, 23 Januari lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan bapa dua anak itu diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, penjaja di pasar malam, Wong Chee Khoi, 56, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada pembantu penguat kuasa MBIP, Syamsuddin Ab Rahman, 46, tahun lalu.

Dia dituduh melakukan jenayah itu sebagai dorongan supaya Syamsuddin tidak mengambil tindakan undang-undang kerana menjalankan perniagaan menjual barang runcit tanpa lesen di Tanah Lapang, Jalan Persiaran Teknologi 1, di sini, jam 8.20 malam, 2 November lalu.

Mahkamah membenarkan bapa dua anak itu diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh turut dikenakan syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Rais Adha Ramli dan Nur Mahirah Mohd Pauzi, manakala peguam, K Bharathi mewakili Poh Wei dan peguam, Lim Chon Sin mewakili Chee Khoi.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric