
LONDON – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Khamis berkata beberapa kakitangannya hilang selama hampir lima hari di selatan Semenanjung Gaza semasa serangan Israel.
Bulan Sabit Merah itu menggesa masyarakat antarabangsa campur tangan dan membenarkan kru penyelamat masuk ke kawasan Tel Sultan di bandar Rafah bagi menentukan nasib paramedik yang hilang.
Ia menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan sembilan kakitangannya di Rafah sejak lima hari lalu dan meminta pihak berkuasa Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas nasib mereka.
Israel meneruskan kempen ketenteraannya di Semenanjung Gaza minggu lalu selepas kegagalan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas. Dalam tempoh 24 jam lalu, sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin terbunuh dan 82 cedera di kawasan pinggir pantai ketika serangan Israel berterusan, lapor agensi WAFA.
AN