Kemalangan laut di selatan Filipina mengorbankan 2

MANILA – Dua orang maut selepas bot tunda berbendera Filipina terbabit kemalangan dengan kapal berbendera Panama di luar wilayah Sarangani di selatan Filipina pada Selasa, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG).

PCG berkata di media sosial, perlanggaran berlaku pada awal pagi Selasa di perairan Maasim, mengakibatkan kematian seorang kapten dan kru.

PCG berkata ia mengerahkan empat aset terapung untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat, dan enam daripada lapan kru bot tunda itu telah diselamatkan.

Memetik kru bot tunda sebagai saksi, PCG berkata bot tunda itu sedang menunda sebuah kapal kargo dari wilayah Sarangani dalam perjalanan ke Iligan City di utara Mindanao apabila kapal lain, MV Universe Kiza, memotong, merosakkan tali penarik, menyebabkan bot tunda itu terbalik.

PCG sebelum ini berkata perlanggaran itu tidak mengakibatkan insiden tumpahan minyak berdasarkan penilaian menyeluruh.

XINHUA


Facebook Posts