Kerja tak dapat, bekas tukang kebun berputih mata wang simpanan RM542,444 hangus

MUAR — Hasrat bekas tukang kebun mencari pendapatan sampingan berakhir dengan kerugian apabila mendakwa ditipu lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan skim peluang pekerjaan yang tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa lelaki warga tempatan berusia 44 tahun mula terjebak dengan skim berkenaan selepas terpandang iklan di Facebook, 20 Ogos lalu.

Menurut Raiz Mukhliz, melalui perkenalan itu, mangsa ditawarkan peluang pekerjaan iaitu menjual barangan elektronik dalam talian dan dijanjikan komisen lumayan antara 10 hingga 30 peratus daripada nilai jualan.

“Sebelum itu, mangsa diminta mendaftar sebagai ejen menerusi laman web diberikan dan seterusnya diarahkan memasukkan wang pendahuluan sebagai modal memenuhi permintaan pelanggan.

“Oleh kerana berminat dan percaya dengan tawaran itu, mangsa tanpa usul periksa terus mendaftar sebagai ejen jualan.

“Bermula 28 Ogos hingga 15 September lalu, mangsa sudah melakukan transaksi ke dalam lapan akaun berbeza berjumlah RM542,444,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, pada masa sama, mangsa diminta membuat pembayaran lain namun enggan menuruti arahan itu kerana mula berasa tertipu.

Katanya, sehingga laporan dibuat semalam, mangsa masih gagal mengeluarkan keuntungan seperti dijanjikan.

“Siasatan mendapati, wang terbabit adalah hasil simpanan sewaktu mangsa bekerja sebagai tukang kebun di luar negara.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai mengambil langkah berhati-hati terutama dalam urusan berkaitan transaksi kewangan.

“Orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti ‘Mule’ menerusi laman web https://semakmule.rmp.gov.my/.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric