Kes pukul isteri hingga koma: Rosmaini dibenar tangguh hukuman penjara 10 tahun

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan peniaga, Rosmaini Abdul Raof, menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadapnya sementara menunggu rayuan sabitan dan hukuman didengar serta diputuskan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusannya berkata mahkamah menggunakan budi bicara berdasarkan Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan tidak dipengaruhi pandangan umum di media sosial.

Abu Bakar ketika membacakan keputusannya berkata, mahkamah mengikuti panduan nas-nas duluan dan berpendapat pemohon mempunyai isu bermerit.

“Isu berbangkit sama ada keterangan SP1 semasa kes pendakwaan yang bercanggah dengan dokumen D45 dan D47, menjejaskan kewibawaan sebagai seorang saksi.

“Begitu juga, hakim bicara (Mahkamah Sesyen) tidak membenarkan SP1 dipanggil semula oleh pembelaan.

“Berdasarkan alasan berkenaan, mahkamah membenarkan permohonan pemohon menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dengan syarat iaitu jaminan bercagar RM15,000 dengan seorang penjamin dan pemohon melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan, sehingga rayuan selesai.

“Jika pemohon gagal mematuhi mana-mana terma di atas, perintah penggantungan hukuman terbatal dan waran mempenjara akan dikeluarkan serta-merta,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said manakala peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin, mewakili Rosmaini sebagai pemohon.

Rosmaini, 42,, sempat dipenjarakan 79 hari selepas Mahkamah Sesyen mensabitkannya bersalah pada 9 Disember lalu.

Dia dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, empat tahun lalu.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan pada akhir pembelaan kes berkenaan terhadap Rosmaini, selepas perbicaraan berlangsung selama tiga tahun dengan 11 saksi pendakwaan dipanggil.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini dilaporkan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas bekas isteri ketiganya, itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin kira-kira jam 6 pagi, 4 Mei 2021.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Kes Jahidah itu menggemparkan negara berikutan wanita berkenaan dilaporkan hamil ketika dipukul sehingga parah dan koma.

Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, di Seremban, Negeri Sembilan, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021 dan disahkan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

Pada 15 Mac tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Februari 2023.

Sebutan semula bagi prosiding rayuan induk kes berkenaan ditetapkan 7 April depan di Mahkamah Tinggi.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric