
SEOUL, 17 Julai – Seorang maut dan lebih 100 orang dipindahkan di Korea Selatan selepas negara itu dilanda hujan lebat pada Khamis, kata kementerian keselamatan.
Setakat pagi Khamis, beberapa bahagian wilayah Chungcheong Selatan di selatan ibu kota Seoul telah menerima lebih 400 milimeter (15.7 inci) hujan sejak Rabu, kata Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.
Amaran tanah runtuh dinaikkan ke tahap tertinggi untuk beberapa wilayah termasuk Chungcheong ketika hujan lebat berterusan, menurut Perkhidmatan Hutan Korea.
Dua orang yang terperangkap dalam tanah runtuh di Chungcheong Selatan telah diselamatkan, kata Agensi Berita Yonhap.
REUTERS