Lapor JTK jika terima gaji bawah RM1,700 – KESUMA

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyarankan pekerja yang menerima bayaran gaji minimum di bawah RM1,700 supaya segera membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

KESUMA dalam kenyataan hari ini, memaklumkan semua pihak wajib mematuhi peraturan gaji minimum yang ditetapkan bagi melindungi kebajikan dan hak pekerja di Malaysia dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggaran Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Merujuk laporan media mengenai dakwaan pemandu bas persiaran hanya menerima gaji pokok RM700 sebulan tanpa elaun tetap, kementerian itu memaklumkan di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 yang sedang berkuat kuasa, majikan wajib memastikan pekerja menerima gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan tanpa mengira sama ada melalui struktur gaji pokok atau jumlah pendapatan bulanan.

“Sekiranya majikan menetapkan gaji pokok dalam kontrak perkhidmatan, kadar gaji pokok yang ditetapkan mestilah tidak kurang daripada kadar gaji minimum semasa.

“Sekiranya majikan tidak menetapkan gaji pokok dalam kontrak perkhidmatan, majikan haruslah memastikan kadar gaji bulanan yang perlu dibayar adalah tidak kurang daripada kadar gaji minimum semasa dan tidak termasuk bayaran elaun-elaun lain,” menurut kenyataan itu.

Menurut KESUMA, PGM 2024 juga terpakai kepada pekerja sambilan.

Kenyataan itu menyebut JTK akan mempertingkat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aduan atau kesalahan pemotongan gaji yang melanggar PGM.

Sekiranya aduan pekerja disahkan oleh mahkamah, majikan boleh diarah untuk membayar perbezaan gaji serta elaun yang terjejas selaras dengan Seksyen 44 Akta 732.

Pada 21 Jun lalu, sebuah portal tempatan melaporkan bahawa pemandu bas ekspres dan persiaran hanya menerima gaji pokok serendah RM700 sebulan malah ada yang langsung tidak dibayar gaji asas.

Situasi itu dikatakan mengakibatkan mereka terpaksa bergantung kepada elaun perjalanan dan kerja lebih masa untuk menampung kehidupan hingga sanggup mengorbankan hari cuti serta bekerja hampir setiap hari.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric