NEW DELHI, 30 Jun – Sekurang-kurangnya empat orang, termasuk seorang wanita warga emas, ditembak mati pada Isnin oleh lelaki bersenjata tidak dikenali di negeri timur laut India, di Manipur, kata pegawai.
Serangan berlaku dekat kampung Mongjang di daerah Churachandpur, kira-kira 96 km selatan Imphal, ibu kota Manipur.
“Penyerang yang tidak dikenali petang hari ini menyerang hendap sebuah kereta, membunuh seorang ketua pemberontak yang bergabung dengan kumpulan pemberontak Kuki bersama dua pengawal peribadinya. Seorang wanita warga emas turut kehilangan nyawanya berhampiran tempat kejadian dalam kejadian itu selepas terkena peluru sesat,” kata seorang pegawai.
Mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Siasatan awal dijalankan oleh polis mencadangkan mangsa ditembak secara bertubi-tubi dari jarak dekat.
Setakat ini, tiada kumpulan yang mendakwa pembunuhan itu.
XINHUA