Lelaki disambar buaya di Sandakan ditemui pagi tadi

SANDAKAN – Seorang lelaki yang disyaki disambar buaya di sebuah sungai di Kampung Sungai Batang Baru, Batu 10, di sini, petang semalam, ditemui dalam keadaan tidak sempurna pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata mayat Ramli Mohd Isa, 50, ditemui oleh orang awam pada jam 8.44 pagi.

Katanya, mayat berkenaan ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang disyaki disambar reptilia berkenaan.

“Mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna itu sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 9.34 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang menabur baja ke dalam sungai untuk memulakan aktiviti merambat ikan sebelum disambar reptilia berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat disegerakan sejurus selepas polis menerima laporan pada jam 5.40 petang, semalam.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook