Lelaki warga asing samun, rogol nenek berusia 71 tahun

PUTRAJAYA — Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun selepas dipercayai menyamun dan merogol wanita warga emas berusia 71 tahun di sebuah apartment di Cyberjaya.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dibawa ke bawah tangga dan dirogol ketika sedang menunggu lif di apartment berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis sudah menahan suspek pada jam 12.20 tengah hari selepas menerima laporan hari ini.

“Lelaki itu ditahan di sebuah lokasi di Tower Cyberjaya dan polis turut merampas barangan kes milik pengadu.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk tahan reman esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Kamarul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376/392 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol dan samun.

“Hukuman bagi kesalahan rogol boleh dipenjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan.

“Bagi kesalahan samun boleh dipenjara maksimum 14 tahun atau sebatan. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung perkara ini dan tidak berkongsi berita tidak benar berkaitan kejadian,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita warga emas dirogol di kawasan sebuah apartment.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR