Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

ALOR GAJAH — Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam, disebabkan lemas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima laporan bedah siasat ke atas Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, semalam.

“Proses bedah siasat bermula pada 7.30 malam hingga 10.45 malam dan punca kematiannya disebabkan lemas.

“Pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan lain di tubuh bayi lelaki berusia lapan bulan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bapa mangsa, Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, mendakwa bayinya disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska terbabit.

Tindakan pengasuh itu dilihat bapa mangsa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.

Lebih menyedihkan, Mohd Fikry Amri memaklumkan isterinya terpaksa membawa sendiri bayi itu ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah serta muka biru selepas dimaklumkan pihak TASKA.

Susulan insiden itu, seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR