Majlis Peguam sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan isytihar Seksyen 9(5) tidak sah

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan.

Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab, berkata peruntukan itu yang menjadikan kegagalan memberi notis awal kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan sebagai satu kesalahan jenayah sudah sekian lama menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti perundangan dan masyarakat sivil.

Menurutnya, Majlis Peguam Malaysia secara konsisten menolak tindakan menjadikan perhimpunan aman sebagai kesalahan jenayah hanya kerana ketidakteraturan prosedur.

“Kami berpandangan keperluan untuk memaklumkan kepada polis sepatutnya bersifat pentadbiran, bukan bersifat menghukum.

“Keputusan ini mengesahkan pendirian itu. Hukuman jenayah kerana kegagalan memberi notis bukan sahaja keterlaluan, tetapi menimbulkan kesan menggentarkan terhadap penyertaan awam dan kebebasan bersuara,” katanya kepada New Straits Times.

Beliau turut berharap keputusan penting ini menjadi pencetus kepada semakan semula secara menyeluruh dan reformasi Akta Perhimpunan Aman agar sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan serta piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Sementara itu, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Salim Bashir menyifatkan keputusan berkenaan sebagai ‘bersejarah dan progresif’.

Katanya, Mahkamah Persekutuan mentafsir kewajipan notis dalam akta itu lebih bersifat melarang berbanding sekadar menyekat, sekali gus memberi implikasi besar terhadap pemahaman undang-undang berkaitan kebebasan berhimpun di negara ini.

Sekatan yang perlu atau wajar demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya serta ketenteraman awam dibenarkan di bawah Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah Persekutuan turut meneliti hasrat murni Parlimen ketika menggubal Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan selaras dengan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman.

“Mahkamah tertinggi negara juga menegaskan undang-undang yang digubal Parlimen mestilah adil dan seimbang dengan tujuan sekatan itu agar tidak berlaku tindakan melampau yang menjejaskan matlamat sebenar dan niat baik di sebalik penggubalannya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Seksyen 9(5) sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan, tindakan mengklasifikasikan kegagalan memberi notis kepada polis lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan aman sebagai satu kesalahan jenayah.

Keputusan sebulat suara itu disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menyatakan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 mengenakan hukuman yang melampaui had yang dibenarkan di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric