Mangsa banjir Johor melonjak melepasi 3,000 penduduk

JOHOR BAHRU — Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,449 penduduk daripada 1,023 keluarga yang ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas, setakat jam 8 pagi ini.

Ia berbanding sejumlah 2,524 penduduk daripada 722 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS di lima daerah terjejas, jam 6 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata walaupun hujan lebat lebih 24 jam kelmarin sudah mulai reda malam tadi, namun ramalan hujan lebat dijangka melanda enam daerah, pagi ini.

Beliau berkata, enam daerah dijangka hujan hari ini membabitkan Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat, Segamat, Pontian dan Mersing dengan cuaca mendung di Johor Bahru, Muar, Kluang dan Tangkak.

Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas dengan mangsa banjir meningkat kepada 1,160 penduduk daripada 368 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

“Kulai mengikut rapat apabila mangsa banjirnya bertambah kepada 748 penduduk daripada 167 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, pagi ini.

“Lonjakan mangsa banjir paling signifikan direkodkan Johor Bahru apabila ia bertambah hampir lima kali ganda kepada 605 penduduk daripada 206 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

“Mangsa banjir di Kluang turut melonjak kepada 506 penduduk daripada 148 keluarga di lima PPS pagi ini.

“Di Pontian, jumlah mangsa banjir turut melonjak dua kali ganda kepada 430 penduduk daripada 114 keluarga di lapan PPS, pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Azmi yang juga Setiausaha Negeri Johor memaklumkan tiga sungai masih merekodkan paras bahaya di negeri ini.

Katanya, ia membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Kahang, Kluang dan Sungai Sayong di Kampung Siam , Kulai.

“Empat sungai turut berada pada paras amaran membabitkan Sungai Skudai, Kampung Pasir, Johor Bahru; Sungai Punggai dan Sungai Sedili Kecil di Kota Tinggi selain Sungai Jemaluang, Mersing.

“Manakala lima lagi sungai berada pada paras waspada membabitkan Sungai Pontian Besar, Kulai; Sungai Skudai di Kampung Laut dan Sungai Tiram di Johor Bahru; Sungai Johor, Kota Tinggi selain Sungai Tenglu Kecil, Mersing,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric