Masih hidup selepas terjatuh dari tingkat 10

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Begitu keadaan seorang lelaki berusia 25 tahun apabila hanya mengalami kecederaan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 Flat PPR Sri Aman, Jinjang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 12.30 tengah hari.

“Kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun terjatuh daripada tingkat 10 dan mendarat di atas sebuah kereta di kawasan parkir.

“Mangsa masih sedarkan diri dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan seorang lelaki meronta-ronta kesakitan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10.

Menerusi video itu jelas kelihatan lelaki berkenaan masih bergerak dan sedarkan diri walaupun terjatuh di atas sebuah kereta jenis Honda sehingga mengakibatkan bumbung kereta itu remuk.

Ahmad Sukarno berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca mengapa lelaki terbabit

boleh terjatuh daripada tingkat 10.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook