‘Masjid, surau wajib dibersihkan daripada kegiatan orang tempang sebar dakyah songsang’ – Sultan Nazrin

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menyifatkan tindakan khatib yang enggan membaca teks khutbah Jumaat disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), sebagai keterlaluan dan sama sekali tidak boleh didiamkan.

Sultan Nazrin menegaskan bahawa berdiam diri terhadap perbuatan keterlaluan sebegitu umpama membiarkan barah menular lebih luas yang bakal menimbulkan perpecahan ummah, justeru menitahkan pihak berwajib supaya melakukan pemantauan lebih rapi selepas ini.

Titah baginda, masjid dan surau dibangunkan sebagai tempat bagi menyatupadukan ummah, namun semakin dijadikan gelanggang untuk menyebarkan dakyah dan fitnah.

“Beta disembah maklum bahawa sudah ada khatib yang memilih tidak mahu membaca teks khutbah disediakan JAIPk yang diperakukan oleh Jabatan Mufti. Perbuatan sebegini sudah keterlaluan dan sama sekali tidak boleh didiamkan.

“Masjid dan surau wajib dibersihkan daripada kegiatan orang yang tempang menyebarkan dakyah songsang. Kebelakangan ini, semakin diperlihatkan perjalanan tempang dalam kalangan mereka yang merasakan diri sudah bertaraf ilmuwan atau ulama. Semakin kedengaran kebelakangan ini, suara-suara yang menyampaikan dakyah songsang.

“Tazkirah, kuliah dan diskusi agama semakin bertukar kandungan dengan selitan bahan-bahan cercaan serta fitnah, berkecenderungan memihak atau menentang kabilah politik tertentu,” titah baginda ketika berucap merasmikan majlis Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; dan Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.

Turut hadir ke muzakarah bertema ‘Pemerkasaan Integrasi Antara Fiqah Dengan Tasawuf’ itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga EXCO Agama Islam Perak; dan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

Sultan Nazrin bertitah, khatib yang dikurniakan tauliah bertugas di mimbar dan mereka yang dikurniakan tauliah mengajar agama di masjid dan surau, diperkenankan tauliah lantikan serta mengajar kepada mereka oleh Raja Pemerintah selepas disembah nasihat oleh Jabatan Mufti yang berpuas hati dengan sifat dan watak serta ilmu dan pengetahuan calon-calon berkaitan.

Justeru, baginda menegaskan pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan, termasuk jawatankuasa masjid dan surau serta ahli kariah, dikehendaki melakukan pemantauan rapi bagi mengenal pasti pihak berselindung di sebalik ‘jubah’ agama.

Sultan Nazrin turut menitahkan pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan itu wajar melakukan siasatan secara adil saksama dengan meneliti fakta dan kesahihan terhadap perbuatan-perbuatan yang didakwa melanggar adab bekerja.

“Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan juga Jabatan Mufti, bersama Orang Besar Jajahan, jawatankuasa masjid dan surau, serta ahli kariah hendaklah melakukan pemantauan rapi, mengenal pasti pihak-pihak yang berselindung di sebalik jubah agama, berjalan tempang dan berperangai songsang.

“Penemuan dan apa juga ketetapan diputuskan oleh pihak berkuasa kepada mana-mana pihak yang terbabit, sesudah selesai melalui proses rayuan, hendaklah diangkat sembah laporannya berserta perakuan untuk pertimbangan Raja Pemerintah sewajarnya,” titah baginda.

Pada 9 Februari lalu, media melaporkan JAIPk menggantung sementara tugas serta imbuhan empat khatib yang juga imam masjid di Perak kerana dilapor menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan jabatan itu pada 31 Januari lalu.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook