Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan anggota kerajaannya supaya tidak mengulas secara terbuka perkembangan terkini membabitkan Iran, berikutan mesyuarat kabinet politik-keselamatan selama empat jam.
Menurut media Israel Ynet, sesi kabinet berakhir tanpa kenyataan rasmi, selepas itu Netanyahu segera memanggil kabinet pengurusan perang yang lebih kecil. Hadir pada mesyuarat tertutup itu ialah Menteri Keselamatan Israel Katz, Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer, Menteri Polis Itamar Ben-Gvir, Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, Menteri Luar Gideon Sa’ar, dan ketua parti Shas Aryeh Deri.
AL MAYADEEN