Pegawai kementerian bergelar Datuk bersama dua kakitangannya ditahan SPRM, disyaki seleweng dana kerajaan RM400,000

KUALA LUMPUR — Seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar Datuk bersama pegawai khas dan pemandunya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan berjumlah kira-kira RM400,000 semalam.

Sumber berkata, ketiga-tiga mereka ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, suspek bergelar Datuk berusia lingkungan 50-an itu adalah Setiausaha Bahagian yang bertanggungjawab mengawal selia sebuah daripada agensi badan berkanun kerajaan.

“Dua yang lain adalah pegawai khas dan pemandu beliau dan semua ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

“Suspek utama dipercayai melakukan perbuatan itu baru-baru ini dengan mengemukakan kertas cadangan program untuk kelulusan peruntukan dan kemudiannya disalurkan kepada sebuah agensi kerajaan berkaitan,” katanya.

Sumber berkata, suspek turut disyaki berpakat dengan orang dalam agensi kerajaan terbabit dan mengeluarkan wang peruntukan berkenaan secara tunai yang bernilai ratusan ribu ringgit dan kemudian digunakan untuk keperluan peribadi.

Berikutan itu, katanya, suspek utama dan seorang lagi ditahan untuk siasatan lanjut serta direman hari ini, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Suspek bergelar Datuk direman empat hari sehingga Jumaat ini, manakala seorang lagi suspek lelaki berusia lingkungan 30-an direman dua hari sehingga esok.

“Seorang lagi suspek lelaki berusia lingkungan 40-an yang juga penjawat awam dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric