Pekerja kilang wanita mengaku sokong, miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh

KUALA LUMPUR — Seorang pekerja kilang mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki bahan dan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh, empat bulan lalu.

Suhaini Sarwan, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin yang menetapkan 16 Oktober ini untuk prosiding jatuh hukum bagi memberi masa kepada pembelaan mengemukakan rayuan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki bahan berkaitan kumpulan Daesh dan perlakuan pengganas di dua telefon bimbit di Kawasan Perindustrian Kempas, Johor Bahru pada jam 1.15 tengah hari 30 Mei lalu, mengikut perenggan 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, Suhaini boleh dihukum mengikut Seksyen 130JB(1) kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda manakala harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu dirampas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memberi sokongan kepada Daesh di laman media sosial Facebook atas nama ‘Suhaini Sarwan’ dan ‘Enma Kenma’ di Bahagian E8 Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada 5.50 petang 27 Mei lalu mengikut perenggan 130J(1)(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara 40 tahun atau denda manakala harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu dirampas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk prosiding jatuh hukum kerana peguam Jabatan Bantuan Guaman tidak hadir.

“Selain kes ini, dia berdepan dua lagi pertuduhan dan kami akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah ini,” katanya.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric