Pengikut ajaran Ahmadi dipenjara enam bulan, denda RM4,500

SEREMBAN — Seorang pengikut ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace dipenjara enam bulan dan denda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengajar ajaran salah, dua minggu lalu.

Zolekafeli Abd Ghani, 60, dijatuhi hukuman itu selepas mengakui faham sebab dan akibat sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa.

Menurut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh didakwa mengajar ajaran salah kepada anak lelakinya berusia 30 tahun yang berlawanan hukum syarak dengan menyatakan Abdullah Hashim adalah imam Mahdi ketiga dan mendakwa ajaran itu sebagai roh Allah yang ada pada Abdullah Hashim.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan menyatakan al-Quran ditokok-tambah oleh Saidina Umar dan kahwin antara adik-beradik dibenarkan dengan syarat dilakukan secara biologi dan bukannya roh.

Semua kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Taman Ampangan di sini, antara jam 2 petang hingga jam 4.40 petang, 12 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan sudah berusia 60 tahun dan pesara bomba yang menanggung isteri serta tiga anak masih belajar.

Tertuduh memaklumkan mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit kencing, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Sementara itu, Pendakwa Syarie, Azizudin Abdullah Halim dan Zarul Izham Jaafar dalam hujahan mahkamah pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pernah mengeluarkan kenyataan supaya masyarakat berwaspada dengan ajaran berkenaan.

“Kesalahan tertuduh sangat serius kerana membabitkan akidah dan boleh menyebabkan murtad, syirik dan kufur,” katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM1,500 bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara berturutan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric