Penjaja wanita gigit penguat kuasa DBKL didenda RM3,000

KUALA LUMPUR – Wanita yang tular kerana enggan bekerjasama dan menggigit penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihukum denda RM3,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, wanita tempatan berusia 30 tahun itu dituduh di mahkamah, di sini, semalam.

“Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam) dan dia mengaku bersalah sebelum dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh mahkamah,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Dalam satu lagi kes menghalang petugas DBKL, kertas siasatan membabitkan tiga suspek lelaki tempatan berusia 15 hingga 39 tahun akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya.

Terdahulu, media melaporkan, penguat kuasa DBKL cedera diserang penjaja tidak berlesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dalam dua kejadian berasingan.

DBKL dalam kenyataan berkata, dua laporan polis dibuat berhubung kejadian mendatangkan kecederaan kepada penguat kuasa.

Susulan itu, empat individu ditahan.

Sebelum itu, tular di media sosial memaparkan seorang penjaja wanita bergelut dengan beberapa penguat kuasa DBKL yang sedang menjalankan tugas di sekitar ibu negara.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, penjaja wanita berkenaan dilihat menjerit dan meronta-meronta sementara tiga penguat kuasa wanita cuba menenangkannya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas DBKL cuba menyita kenderaan wanita berkenaan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric