Penolong Pengarah Kastam didapati bersalah terima rasuah RM3,000

TAWAU – Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia dijatuhi hukuman setahun penjara dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini, atas kesalahan meminta rasuah RM3,000 lima tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Jason Juga terhadap tertuduh Ab Kassim Ab Kais, 56, selepas didapati bersalah diakhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam Gred WK48, didakwa meminta wang rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk melepaskan bot dan enjin miliknya yang ditahan oleh kastam atas kesalahan tidak membuat deklarasi bagi enjin bot terbabit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik Ketua Cawangan Perkastaman, Wisma Kastam Jalan Dunlop, di sini, padaSeptember 2020.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh pada 21 Oktober lalu telah dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes mereka.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman penjara, namun hukuman denda perlu dibayar hari ini. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Dominic Chew Ban Huat.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook