Pensyarah didakwa lakukan seks guna objek, persetubuhan luar tabii terhadap pelajar

CHUKAI – Seorang pensyarah di sebuah institut kemahiran di sini didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajarnya tahun lalu.

Ahmad Syahir Sharifudeen, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika semua pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atasnya.

Lelaki itu berhadapan lima pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dan tiga pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan tabii terhadap kedua-dua mangsa perempuan yang berusia 19 tahun.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Mesra Mall di Kemasik dekat sini dan Hotel Awana Kijal di sini, sejak 17 November hingga 1 Disember lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan hubungan seks menggunakan objek yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksima 30 tahun dan sebatan, manakala bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim menawarkan lelaki itu jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan, namun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nurul Farhana Shamsudin memohon jumlah minimum kerana Ahmad Syahir tiada lagi akses untuk mendekati mangsa, memandangkan telah dipindahkan serta merta ke Putrajaya selain perlu menyara ibu serta isterinya.

Hakim Wan Suhaila Mohd kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM23,000 dan dikehendaki melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Kemaman, Ahmad Syahir mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat dan maksud hendak mencabul kehormatan kedua-dua mangsa yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Mesra Mall pada 17 November hingga 1 Disember lalu.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki bahan lucah iaitu dua jenis alat mainan seks di ruang lobi institut kemahiran itu pada 13 Mac lepas, di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi manakala tertuduh diwakili Nurul Farhana.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric