Penuntut universiti swasta dituduh cabul kehormatan wanita di stesen MRT

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah stesen MRT di Cheras, kelmarin.

Muhammad Hafiz Damian Abdul Qawwiy, 19, didakwa di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohammad Sufi Mohammad Sukor, didakwa membuat isyarat untuk melihat bahagian sulit mangsa berusia 28 tahun itu pada jam 8.53 malam di Stesen MRT Taman Pertama, Ahad lalu.

Muhammad Hafiz Damian bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal tidak menawarkan jaminan, namun Mohammad Sufi merayu agar jaminan diberikan kepada anak guamnya yang dikategorikan sebagai pesalah muda dan akan menduduki peperiksaan universiti tidak lama lagi.

“Ini kesalahan pertamanya dan dia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada risiko untuk dia melarikan diri atau berpindah tempat. Bapa angkatnya hadir untuk menjamin dan hanya mempunyai kurang daripada RM1,000,” katanya.

Majistret bertanya kepada bapa angkat tertuduh yang berada di galeri awam mengenai jumlah wang yang dimilikinya dan dijawab dia hanya mempunyai RM1,000 untuk membayar ikat jamin.

Atiqah turut bertanya kepada Muhammad Hafiz Damian mengenai peperiksaannya dan tertuduh memaklumkan akan menduduki kertas terakhir pada Khamis ini.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dan memerintahkannya melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai sebelum menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric