Permohonan Ismanira, Zaim Ikhwan batalkan pertuduhan abai Zayn Rayyan tak berasas – Pendakwaan

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka, adalah bersifat akademik kerana perbicaraan sedang berlangsung dengan 20 saksi pendakwaan telahpun dipanggil.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, berkata tindakan pemohon, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, memfailkan permohonan notis usul bagi pembatalan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu adalah tidak berasas serta tidak mempunyai merit.

Pasangan suami isteri itu selaku pemohon, memfailkan notis usul di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad bahawa pertuduhan yang dihadapi mereka adalah cacat kerana tidak mendedahkan sebarang kesalahan bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Isu dibangkitkan pembelaan hari ini ialah pertuduhan cacat di mana menurut peguam, pertuduhan dihadapi kedua-dua pemohon (Zaim Ikhwan dan Ismanira) adalah kabur, cacat serta tidak menyatakan bagaimana cara ia dilakukan.

“Berdasarkan hujahan bertulis kami, pertuduhan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001… menerusi seksyen ini, apa yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan ialah elemen-elemen di mana mangsa seorang kanak-kanak bawah umur 18 tahun, tertuduh iaitu pemohon mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa, dan tertuduh mengabaikan mangsa yang menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal serta emosi,” katanya.

Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan juga memasukkan perkataan ‘likely’ (mungkin) dan dalam seksyen itu sendiri, pihaknya memasukkan perkataan berkenaan iaitu ‘telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal’.

“Oleh itu, pendakwaan sudah memenuhi peruntukan Seksyen 152 dan 153 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) di mana elemen dalam pertuduhan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 ini telah dimasukkan.

“Tujuan pertuduhan ke atas tertuduh ialah bagi memaklumkan dan memberi notis kepada mereka apa kesalahan dilakukan, untuk mereka membuat pembelaan.

“Untuk makluman mahkamah, kes ini sudah berjalan di Mahkamah Sesyen (Petaling Jaya) dan telah memanggil 20 saksi, setakat ini. Perbicaraan akan bersambung pada Mac ini dan akan panggil lagi 10 saksi pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan saksi pendakwaan yang dipanggil hingga kini sudah disoal balas oleh barisan peguam pemohon.

“Jika pertuduhan terhadap pemohon-pemohon ini adalah kabur dan cacat seperti isu dibangkitkan, bagaimana mereka boleh menyoal balas saksi pendakwaan.

“Selain itu, jika mereka boleh menyoal balas saksi pendakwaan, maka pertuduhan terhadap mereka adalah jelas dan tidak cacat,” katanya.

Raja Zaizul Faridah berkata, elemen dalam pertuduhan bukan bergantung pada butiran secara terperinci, namun ia akan dibuktikan melalui keterangan saksi pendakwaan.

“Mahkamah Sesyen juga sudah memutuskan pertuduhan dihadapi mereka tidak cacat dan setakat ini, tiada rayuan dibuat terhadap keputusan itu… hanya permohonan di hadapan Yang Arif (Roszianayati).

“Selain itu, pihak pendakwaan mempunyai kuasa penuh menuduh pemohon dan di mana pertuduhan itu dibuat asalkan memenuhi peruntukan seksyen KTJ… masa, tarikh, tempat kesalahan sudah dinyatakan dengan jelas dalam pertuduhan ini,” katanya.

Terdahulu pada prosiding hari ini, peguam, Marcus Lee yang mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira, berhujah pendakwaan sepatutnya menyatakan cara jenayah itu dilakukan dalam pertuduhan, supaya pembelaan dapat dibuat secara lebih efektif.

“Jika pendakwaan meminda pertuduhan dengan meletakkan cara pengabaian dilakukan, maka kedua-dua pemohon dapat memberi arahan kepada peguam untuk mengemukakan pembelaan dengan lebih berkesan.

“Bagaimanapun, ketika ini kami terpaksa ‘main’ teka untuk mengemukakan pembelaan,” katanya.

Selepas mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua pihak, Roszianayati menetapkan 4 Mac depan untuk keputusan notis terbabit.

Pada 3 Februari lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh, memutuskan pertuduhan pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu adalah tidak cacat dan mengikut undang-undang diperuntukkan.

Syahliza membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan bahawa pertuduhan dihadapi pasangan suami isteri itu adalah cacat kerana tidak memperincikan kesalahan dilakukan.

Pada 13 Jun tahun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini, antara jam 12 tengah hari 5 Disember hingga jam 9.55 malam 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric