Polis sedang kesan individu guna papan luncur di jalan raya

Tangkap layar tular menunjukkan seorang individu menggunakan papan luncur di jalan raya di Jalan Baru, Balik Pulau. – Foto tular

BALIK PULAU — Polis sedang mengesan seorang individu yang melakukan aksi berbahaya menggunakan papan luncur di jalan raya seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video tular itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di laluan berbukit Jalan Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata video berdurasi 47 saat itu dikesan pihaknya semalam, selepas dimuatnaik pemilik akaun Facebook @Arief Why Pocong Pocong.

“Aksi individu yang menggunakan papan luncur itu boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Kaedah-kaedah kawalan Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikroboliti) 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Rizal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di talian 04-8664122.

“Atau boleh hubungi pegawai penyiasat di talian 013-3312026,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR