Polis siasat resit pesanan makanan segera ada catatan hina Islam

BUKIT MERTAJAM — Polis membuka kertas siasatan berhubung resit pesanan seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Taman Inderawasih, Perai, di sini, yang tertera catatan berbaur provokasi menghina agama Islam hingga ia tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata pekerja restoran terbabit sudah tampil membuat laporan polis semalam berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, pekerja mendakwa menerima satu pesanan dalam talian daripada pelanggan melalui laman web premis terbabit pada jam 8.27 malam.

“Semakan yang dibuat pada resit pesanan itu terdapat catatan ‘remarks’ yang menghina agama Islam yang dihantar oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Melalui laporan pekerja itu, polis kemudian melakukan siasatan terhadap individu yang membuat pesanan terbabit, namun dia menafikan membuat pesanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, individu berkenaan mendakwa laman web restoran terbabit tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan pengguna untuk membuat pesanan.

“Ia apabila dia mengesyaki butir-butir peribadi dan alamatnya disalahguna oleh individu lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial hari ini apabila paparan resit yang tertera tarikh tempahan pada 13 September lalu itu dimuat naik dan dikongsi pengguna.

Resit tempahan yang beralamat di sebuah bengkel motosikal itu memaparkan ucapan berbunyi ‘Islam is shit and pee’.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR