Projek 1BestariNet : SPRM tinjau pembekalan data di sekolah

BANGI — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan tinjauan ke atas sekolah terpilih bagi menjejaki dan menyiasat isu tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet, projek kerajaan terdahulu membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM) bernilai RM4 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan akan mengambil sedikit masa memandangkan ia membabitkan lebih 8,000 sekolah di seluruh negara.

“Isu dibangkitkan pelbagai pihak ini sedang disiasat. Masa (siasatan) panjang lagi kerana banyak tempat perlu dilawati, memandangkan kes ini melibatkan 8,000 sekolah.

“Bayangkan (jumlah sekolah yang banyak), jadi penyiasatan ini akan berleluasa (diperluas) sedikit. Semua sekolah terbabit dalam projek ini yang mana setiap sekolah akan dibekalkan data tertentu.

“Jadi kita kena kaji betul atau tidak pembekalan itu. Dalam penyiasatan kita, tumpuannya untuk melihat pembekalan dibuat atau tidak, kalau dituntut (bayaran) betul atau tidak,” katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3 2024 di sini hari ini. Majlis disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pada 4 September lalu, media melaporkan SPRM memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet KPM bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL).

Pada 2011, kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berasaskan awan.

KPM kemudian menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.

Mengulas lanjut Azam berkata, aspek mutu perkhidmatan bagi pembekalan data yang diperlu dan sudah dibekalkan kepada sekolah adalah antara tumpuan dan fokus siasatan.

“Banyak perkara kita siasat antaranya mutu perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah-sekolah. Keduanya adalah ada (syarikat) dimana pembekalan data kepada sekolah tidak dibekalkan.

“Jadi kita perlu lihat perkara ini. Undang-undang rasuah, jika dituntut tapi tidak dibekalkan secara prinsipnya adalah satu kesalahan,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric