Pukul isteri dengan batang penyapu sawang, penghantar barang dipenjara 5 tahun

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu selepas mangsa tidak menyerahkan rantai anak mereka dan enggan meminjam wang RM500 daripada keluarganya di kampung.

Hakim Dr Azrol Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas penghantar barang, Che Nohhud Afnan Che Omar, 33, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap pada 21 Ogos lalu.

Lelaki itu mengaku bersalah kerana mencederakan isterinya, Nur Atiyah Mohd Ali, 34, dengan memukul mangsa menggunakan batang penyapu sawang, batang kayu penggaru badan, menampar dan menendang seluruh badan wanita di sebuah rumah di Jalan Jerejak, Taman Setapak, Wangsa Maju di sini pada jam 8 malam, 19 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua kali tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, wanita itu dipukul, ditendang dan ditumbuk oleh suaminya selepas mangsa enggan menuruti permintaan tertuduh agar menyerahkan rantai milik anak mereka kepada tertuduh selain meminta isterinya untuk meminjam wang RM500 daripada ibu bapa wanita itu.

Hasil siasatan polis mendapati, keterangan mangsa bahawa beliau dipukul oleh suaminya adalah konsisten dengan laporan perubatan yang mengesahkan kesan lebam pada badannya adalah disebabkan perbuatan tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon hukuman setimpal kerana lelaki itu menyebabkan kecederaan teruk kepada isterinya.

“Tertuduh sepatutnya melindungi isteri dan bukan mencederakannya. Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan menimbangkan kesan trauma dialami mangsa,” katanya.

Che Nohhud Afnan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mempunyai tanggungan keluarga selain bekerja sebagai penghantar barang pencuci.

BH ONLINE-BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric