Remaja tekap 8 rakan dengan seterika panas diarah jalani pemulihan di Henry Gurney

KUCHING – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua yang menekap lapan rakan asrama yang sedang nyenyak tidur dengan seterika panas hanya untuk suka-suka, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney hingga berusia 17 tahun.

Perintah itu diputuskan selepas remaja berusia 14 tahun dari Matang, dekat sini mengaku bersalah atas lapan pertuduhan yang dibacakan di tiga Mahkamah Majistret di sini iaitu di hadapan Majistret Ling Hui Chuan, Mason Jaro Lenya Barayan dan Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Remaja itu juga diarahkan untuk menjalani pengawasan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat selama setahun, selain ibu bapa dibenarkan melawatnya dua bulan sekali.

Pelajar berkenaan mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap lapan rakan berusia antara 13 dan 15 tahun di asrama sebuah sekolah di Matang antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 2 Mei lalu.

Susulan kejadian itu, semua mangsa mengalami kecederaan di anggota badan seperti melecur pada lengan, betis, buku lali dan tengkuk.

Menurut fakta kes, remaja itu melakukan kesalahan jenayah dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan seterika panas dengan cara menekap badan-badan mangsa yang juga rakan asrama yang sedang nyenyak tidur.

Kejadian turut disaksikan rakan asrama lain dan remaja itu melakukan hanya untuk suka-suka dengan niat untuk membuli mereka.

Remaja terbabit dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan seterika panas untuk menekap badan kesemua mangsa.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Nur Shafiqa Nyaie Ilin dan ASP Arman Ibrahim manakala remaja itu diwakili peguam Russel Lim dan Brandon Ling.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR