Rubio-Wang Yi dijadual bertemu di KL hari ini di sebalik ketegangan isu tarif

KUALA LUMPUR – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio akan bertemu rakan sejawatnya dari China, Wang Yi, hari ini di sela-sela mesyuarat ASEAN di Malaysia, ketika isu tarif perdagangan dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump menjadi tumpuan utama.

Pertemuan itu yang pertama berlangsung secara bersemuka antara kedua-dua diplomat tertinggi sejak Trump kembali memegang jawatan, dalam suasana hubungan tegang antara Washington dan Beijing berhubung pelbagai isu termasuk perdagangan, fentanyl, Taiwan dan teknologi.

Rubio, yang dikenali sebagai tokoh anti-China tegar dan Wang Yi masing-masing kini berada di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang turut dihadiri Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Pegawai-pegawai AS sebelum ini menyatakan lawatan sulung Rubio ke rantau ini sebagai Setiausaha Negara menunjukkan komitmen Washington yang semakin diperkukuh terhadap Asia Timur dan Asia Tenggara.

Dalam ucapannya semalam, Rubio menegaskan bahawa AS tidak berniat untuk mengabaikan rantau Asia-Pasifik”.

Namun, isu tarif AS terus membayangi persidangan itu, dengan Rubio dilihat berusaha menenangkan rakan dagang Asia dengan menyatakan bahawa rundingan masih berjalan dan mungkin menghasilkan “kadar tarif yang lebih baik” berbanding negara lain.

Presiden Trump mengancam untuk mengenakan tarif punitif antara 20 hingga 50 peratus ke atas lebih 20 negara – kebanyakannya di Asia – sekiranya mereka gagal mencapai perjanjian perdagangan dengan Washington sebelum 1 Ogos.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kenyataannya minggu ini menyifatkan tarif sebagai “instrumen persaingan geopolitik yang semakin tajam”.

Sementara itu, Wang Yi semalam menyeru kepada pembentukan “susunan antarabangsa yang lebih adil dan munasabah”.

“Kita kini berdepan cabaran seperti kesan perlindungan unilateral dan penyalahgunaan tarif oleh sebuah negara besar,” katanya.

Ketegangan antara Washington dan Beijing meningkat sejak Trump kembali berkuasa pada Januari lalu, dengan kedua-dua negara terbabit dalam perang tarif yang menyaksikan kadar duti ke atas eksport masing-masing melonjak ke tahap yang belum pernah berlaku.

Pada satu ketika, AS mengenakan tarif tambahan sebanyak 145 peratus ke atas barangan dari China, manakala tindakan balas Beijing menyebabkan kadar tarif ke atas produk AS mencecah 125 peratus.

Namun pada Mei lalu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengurangkan tarif mereka buat sementara waktu – satu perkembangan yang disifatkan oleh Trump sebagai “penetapan semula sepenuhnya” dalam hubungan perdagangan AS-China. BH ONLINE – AFP

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric