ABUJA, 27 Julai – Sekurang-kurangnya lima maut dan 55 lagi cedera selepas hujan lebat mencetuskan banjir besar di Negeri Adamawa timur laut Nigeria pada Ahad, kata pihak berkuasa.
Ladan Ayuba, ketua operasi di Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan di ibu negeri Yola, berkata hujan lebat semalaman menenggelamkan rumah dan infrastruktur di bahagian bandar, memaksa penduduk melarikan diri.
Bot kayu dikerahkan untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap, kebanyakan mereka kini mencari perlindungan di kem sementara, kata Ayuba.
Nigeria kerap mengalami banjir teruk semasa musim hujan, yang biasanya bermula pada Mac dan memuncak sekitar pertengahan Mei, terutama di utara.
XINHUA