Status Najib jadi suspek, di akhir siasatan: Bekas pegawai penyiasat 1MDB

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak menjadi suspek dalam skandal kewangan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad(1MDB) pada peringkat akhir siasatan, Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu.

Bekas Senior Asisten Komisioner (SAC), R Rajagopal selaku pegawai penyiasat kes dalam keterangan beliau hari ini, berkata status Najib sebagai suspek ialah ketika siasatan ke atas 1MDB semakin giat dijalankan dan hampir tamat.

Katanya, ketika mula-mula beliau mengambil alih siasatan, fokus utama adalah untuk mengetahui sama ada berlaku kesalahan dan jika ada, siapa yang melakukannya kerana pada waktu itu, pihaknya baru menerima dokumen.

“Pada akhirnya, suspek dalam kes ini ialah Datuk Seri Najib kerana terdapat aliran masuk wang yang masuk ke akaun banknya,” katanya.

Bekas Senior Asisten Komisioner, R Rajagopal selaku pegawai penyiasat kes dalam keterangan beliau di Mahkamah Tinggi Putrajaya hari ini, berkata status bekas PM sebagai suspek ialah ketika siasatan ke atas 1MDB semakin giat dijalankan dan hampir tamat.

Rajagopalberkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika sesi pemeriksaan balas pada perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion dihadapi Najib.

Saksi itu menjalankan siasatan berhubung dakwaan pecah amanah yang dibuat melalui laporan polis oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Terdahulu, saksi itu berkata hanya saksi formal dipanggil memberi keterangan di awal siasatan pada tahun 2015 manakala rakaman percakapan membabitkan pengurusan 1MDB pula bermula pada tahun 2016.

Najib pula mula memberiketerangan kepada polis pada Mei 2018.

Sementara itu, prosiding menjadi tegang seketika ketika Ahmad Akram menyoal Rajagopal mengenai aspek siasatan kes yang dijalankannya.

Kejadian bermula apabila Ahmad Akram mencadangkan bahawa saksi itu tidak pernah melakukan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun sudah berkhidmat selama 41 tahun.

Rajagopal bersetuju dengan cadangan itu, bagaimanapun menurutnya, pihaknya boleh mengesyorkan pendakwaan mengikut akta SPRM itu di akhir siasatan.

Ahmad Akram: Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa anda tidak biasa dengan kesalahan di bawah Akta SPRM?

Rajagopal: Saya tidak bersetuju.

Ahmad Akram: Adakah anda biasa dengan Seksyen 16 Akta SPRM?

Rajagopal: Butirannya saya mungkin tidak tahu, tetapi jika anda tunjukkan kepada saya, saya akan tahu.

Pada peringkat itu, Ahmad Akram mempersoalkan mengapa saksi menjawab soalan beliau dengan nada yang tinggi.

“Kenapa awak marah? Saya ada kerja. Saya cuba untuk bersabar, saya tengah berpuasa,” katanya.

Ahmad Akram: Adakah anda tahu elemen yang perlu dibuktikan dalam kes ini di bawah Seksyen 23 (Akta SPRM)?

Rajagopal: Tidak.

Ahmad Akram: Anda tidak buat siasatan di bawah Seksyen 23?

Rajagopal: Saya sudah memberitahu anda bahawa polis tidak melakukan siasatan di bawah Akta SPRM.

Najib sedang membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman bersambung pada 7 April ini.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric