Tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak pernah arahkan pembunuhan Altantuya – Najib Razak

SHAH ALAM — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak pernah mengenali, berjumpa dan sama sekali tidak pernah mengarahkan pembunuhan terhadap wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Saya tidak pernah mengenali, tidak pernah berjumpa dan saya tidak pernah memberi arahan sedemikian, dan saya tidak terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

“Saya sudah menyatakan ini dalam rekod dan bersumpah laknat (Mubahalah) beberapa kali,” kata Najib di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertanya sama ada beliau mengenali atau pernah berjumpa dengan Altantuya dan mengarahkan pembunuhannya seperti mana yang tertulis di dalam bab 42 buku ‘My Story: Justice In The Wilderness’ yang ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Najib berkata, sebagai bekas peguam negara, Tommy sepatutnya mengesahkan kesahihan sumber maklumatnya sebelum menerbitkan dan mengedarkan buku itu secara meluas didalam dan di luar negara.

“Selepas meninggalkan Jabatan Peguam Negara (AGC) Tommy menulis kandungan yang prejudis terhadap saya sepanjang perbicaraan 1MDB sedang berjalan.

“Dia (Tommy) membuat tuduhan terhadap saya dengan menulis sebuah buku yang diterbitkan oleh defendan kedua dan diedarkan di dalam dan di seluruh dunia dengan membangkitkan pembunuhan Altantuya, dan menyatakan bahawa saya berada di belakangnya, jelas bahawa dia berniat mencemarkan nama baik saya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau mengenali Abdul Razak Baginda, Najib berkata beliau mengenali Abdul Razak sebagai penganalisis pertahanan yang bekerja di bawah pentadbirannya pada masa itu.

Najib berkata, Abdul Razak terbabit dalam membeli kapal selam daripada pembuat kapal selam Perancis.

Ia membabitkan perjanjian berbilion dolar untuk Kementerian Pertahanan dalam urusan pembelian dua buah kapal selam Perancis, dikenali sebagai Scorpene.

Ketika ditanya hubungan Abdul Razak dengan Altantuya, Najib berkata, beliau tidak pernah mengetahui secara terperinci hubungan Abdul Razak namun beliau mendapat tahu mengenai hubungan ‘romantis’ antara mereka selepas membaca laporan media.

Perbicaraan akan bersambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Khadijah Idris pada 30 Jun 2025.

Tommy diwakili peguam, Alan Adrian Gomez manakala peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili syarikat penerbitan, GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Pada 2021, Najib, mengemukakan saman terhadap Tommy dan penerbit buku itu kerana mendakwa mereka memfitnahnya apabila mengaitkan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib berkata, dirinya dipaparkan dengan meluas dalam bab 42 dan bab lain buku berkenaan yang menyatakan beliau mengarahkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar untuk membunuh Altantuya dan mengelirukan rakyat mengenai kes itu bagi menutup perbuatannya.

Susulan itu, Najib memohon perintah supaya defendan memadamkan kenyataan fitnah dalam buku itu dan perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka daripada mengeluarkan kenyataan sama.

Beliau turut menuntut permohonan maaf daripada kedua-dua defendan, aku janji untuk tidak menerbitkan kenyataan sama, ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric