Taufan Yagi: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Ha Long, Sa Pa

KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Ha Long dan Sa Pa dinasihatkan menangguhkan rancangan perjalanan buat masa ini berikutan kesan Taufan Yagi di Vietnam Utara, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi, Vietnam.

Menurut amaran cuaca yang dimuat naik di laman Facebook kedutaan pada Selasa, rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau terpaksa melakukan perjalanan ke kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk memantau berita tempatan dengan teliti dalam beberapa hari akan datang.

“Lakukan e-daftar dengan Misi kami di https://ekonsular.kln.gov.my/login dan ambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan, ikuti nasihat dan patuhi cadangan/arahan daripada pihak berkuasa tempatan yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera, boleh menghubungi Pegawai Bertugas di +849-0418 5610 atau e-mel di mwhanoi@kln.gov.my.

Menurut kedutaan, hujan lebat akibat Taufan Yagi menyebabkan banjir dan tanah runtuh teruk di Lao Cai, Yen Bai, Thai Nguyen dan Cao Bang.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran dengan hujan yang masih berterusan dan paras air yang semakin meningkat, terdapat kemungkinan berlakunya banjir meluas di kawasan utara, termasuk kawasan sekitar Hanoi.

Amaran banjir di Hanoi akibat paras air Sungai Merah yang meningkat ke sekurang-kurangnya Tahap Amaran 1 dikeluarkan untuk kawasan berikut: pantai Phuc Tan (Ward Phuc Tan, Daerah Hoan Kiem, Hanoi), pantai Phuc Xa (Ward Phuc Xa, Daerah Ba Dinh, Hanoi), Tu Lien, Quang Ba, Phu Thuong (Daerah Tay Ho), menurut kedutaan.

Menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA) pada Selasa, Perdana Menteri Pham Minh Chinh mengarahkan kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan untuk bekerja sepanjang masa dalam menghadapi situasi kecemasan susulan banjir yang kompleks di bandar dan wilayah utara berikutan Taufan Yagi.

Dalam ucapan sebelum mesyuarat anggota kabinet tetap mengenai pembinaan undang-undang, perdana menteri menyatakan banjir dan tanah runtuh pasca taufan menyebabkan 296 orang maut dan hilang setakat 3 petang pada hari itu, serta menekankan bahawa kesihatan dan nyawa rakyat mesti diutamakan, menurut VNA.

Pemimpin kerajaan mengarahkan pembabitan seluruh sistem politik dan pelaksanaan semua langkah untuk mengatasi banjir dan tanah runtuh, menurut laporan itu.

BH ONLINE-BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric