Televisyen negara Iran melaporkan pada Selasa, gencatan senjata bermula dalam perangnya dengan Israel, walaupun Israel memberi amaran kepada orang ramai tentang serangan peluru berpandu baru yang dilancarkan dari Iran.
Tidak mungkin untuk segera menyelaraskan mesej dari Iran dan Israel pada hari ke-12 perang mereka.
Televisyen negara Iran mengumumkan gencatan senjata dalam grafik di skrin, tidak serta-merta memperakui rentetan tembakan peluru berpandu baharu yang datang selepas tempoh akhir ditetapkan oleh Presiden Donald Trump dalam pengumuman gencatan senjatanya sebelum ini.
AP