27 Julai – Tiga orang terbunuh dan yang lain cedera parah apabila kereta api penumpang tergelincir di barat daya Jerman pada Ahad, kata polis dalam satu kenyataan.
Terdapat kira-kira 100 orang di dalamnya apabila dua gerabak keluar landasan antara pekan Riedlingen dan Munderkingen, dekat sudut Jerman yang bersempadan dengan Perancis dan Switzerland, kata polis di bandar Stuttgart.
Kereta api itu berada pada laluan kira-kira 90 km (55 batu) antara Sigmaringen dan Ulm. Punca nahas sedang dalam siasatan, kata kenyataan polis.
REUTERS