Tiga pembantu pengajar madrasah didakwa lakukan amang seksual

SEREMBAN – Tiga pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang terkait siasatan Op Global didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini masing-masing antara tiga hingga enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di pusat jagaan itu sejak 2022 hingga 2023.

Tertuduh, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21 yang berdepan lima pertuduhan, manakala Muhammad Khunnais Fathie Khabil, 20, enam pertuduhan dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22, tiga pertuduhan masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka melakukan amang seksual fizikal dengan sentuhan fizikal secara seksual terhadap lima kanak-kanak lelaki yang tiga daripadanya adalah adik-beradik, berusia antara sembilan hingga 11 tahun.

Kesalahan itu dilakukan antara 2022 hingga 2023 di sebuah madrasah di Kuala Pilah.

Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebatan.

Muhammad Habib Noh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengikut pertuduhan itu, dia didapati melakukan suatu amang seksual fizikal ke atas mangsa berusia 10 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah membenarkannya, dia memohon jaminan ditetapkan sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan.

Keluarga tertuduh iaitu bapa dan abang masing-masing kemudiannya merayu jaminan minimum dikenakan kerana jumlah yang dicadangkan agak tinggi.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan.

Tertuduh juga diarahkan tidak mengganggu mangsa serta saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta boleh dihubungi bila-bila masa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Oktober depan bagi laporan perubatan dan lantikan peguam.

Terdahulu, mereka tiba di kompleks mahkamah pagi tadi dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah menaiki van polis sebelum dibawa ke lokap mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata, kertas siasatan asal Op Global di Negeri Sembilan dipecahkan kepada empat mengikut pembabitan suspek bagi memudahkan pertuduhan.

“Seorang suspek berusia 21 tahun akan didakwa dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) akta sama.

“Sementara dua lagi suspek berusia 20 dan 22 tahun masing-masing akan didakwa atas enam dan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) akta sama,” katanya semalam.

Untuk rekod Seksyen 14 Akta 792 merujuk amang seksual fizikal atas kanak-kanak, dengan Sekyen 14(a) membabitkan kesalahan menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak, manakala 14(b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric