Mengaku rogol remaja, bekas pelajar kolej dipenjara 5 tahun, satu sebatan

MUAR – Seorang pelajar lepasan kolej kemahiran dipenjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol remaja perempuan, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Lukman Hamidon, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat pada jam 1.30 pagi, 28 September lalu.

Susulan itu, Muhammad Lukman didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung anak perempuannya dirogol tertuduh.

Sementara itu, di mahkamah sama, pembantu kedai makan dipenjara empat tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah merogol kenalan di sebuah hotel di Batu Pahat, dua tahun lalu.

Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Loh Che Heng, 25, selepas mengambil kira pengakuan bersalah dan juga rayuan dibuat tertuduh.

Dia dituduh merogol remaja berusia 15 tahun di sebuah hotel pada jam 6 petang, 2 Mac 2023 dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama.

Mengikut fakta kes, ibu mangsa membuat laporan selepas remaja itu cuba membunuh diri selepas diugut individu bernama ‘E’ yang mahu menyebar gambar dan video lucahnya.

Siasatan mendapati mangsa dan tertuduh pernah melakukan perbuatan itu dan pada masa sama, pernah menghantar gambar dan video lucah kepada lelaki terbabit.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.

Selain itu, Che Heng turut diperintah mahkamah supaya menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman penjara.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

3 days ago

Sayidina

BAWAL POLYVOILE THESELAMAH – ALLSTARs.shopee.com.my/3fpQ7NPkxw

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

Baju Melayu Budak (Pearl Skin Soft premium Quality)s.shopee.com.my/4VOX6qjVkF

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

SAMPIN INSTANT DEWASA viral 2025s.shopee.com.my/9f6dGJ58Gu

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

MARIA KEBARUNG BAJU LABUH baju kurung sedondon ibu dan anak Moden Sulam Kurung Set Ibu &Anak Baju Raya 2025s.shopee.com.my/8Uufs7WEad

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

[ NO.1 ] Sampul Duit Raya 2025 (10 KEPING) | 51 Design EXCLUSIVE | READY STOCK | Fast Delivery !s.shopee.com.my/3q8qJU7cwK

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

Jelita kabaya Ready stocks.shopee.com.my/4L56uMbnnf

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/3q8qJNJOLK

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackouts.shopee.com.my/705s5XtIGa

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

Lampu Raya 8 Modes 30/50/100 Led Solar Fairy String Light Crystal Ball Bubble Lamp Party Decorations.shopee.com.my/7fLYsoudBS

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

ANYSON WEAR Jubah Lelaki Dewasa Muslim 2XL Plus Size Pelbagai Warna Solat Jumaat Hari Rayas.shopee.com.my/5ptuhXcqPa

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

🔥NEW B50🔥 BAWAL PREMIUM COTTON PRINTED BIDANG 50 [ COTTON PREMIUM ]s.shopee.com.my/3fpQ7e15Hs

See MoreSee Less

View on Facebook