KUANTAN – Bayi perempuan dipercayai sudah meninggal dunia sebelum diletakkan di pusat perlindungan bayi di sebuah hospital swasta, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati bayi itu dilahirkan di sebuah rumah di Rompin sebelum dibawa ke pusat terbabit.
“Dalam pada itu, kita turut menjalankan siasatan termasuk mengesan teman lelaki suspek,” katanya.
Kelmarin, dua beradik ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki meletakkan bayi perempuan di pusat perlindungan bayi itu.
Wanita terbabit, masing-masing berusia 24 dan 25 tahun ditahan secara berasingan di Rompin.
Kedua-dua suspek direman sehingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan.
BH ONLINE