Pegawai penyiasat tiru reaksi ‘wajah kosong’ ibu Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Saksi pendakwaan keempat meniru reaksi ‘wajah kosong’ ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin ketika rakaman percakapan dilakukan berhubung kehilangan kanak-kanak autistik itu pada 5 Disember 2023.

Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, 33, yang juga bekas pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melakonkan semula wajah Ismanira Abdul Manaf selepas diminta peguam Haresh Mahadevan yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Nina Syamimi yang kini bertugas di Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berbuat demikian pada hari ke-12 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30 dan Ismanira, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Haresh: Inspektor juga tempoh hari ada beritahu mahkamah berkaitan wajah Ismanira adalah ‘wajah kosong’, boleh tunjuk kepada mahkamah wajah kosong ‘looks like’ (keadaannya)?

Nina Syamimi kemudian membuat reaksi muka wajah kosong Ismanira.

Haresh: Inspektor sedar atau tidak wajah inspektor ketika memberi keterangan (di mahkamah) dengan wajah inspektor buat demonstrasi (wajah kosong Ismanira) adalah sama. Sedar atau tidak?

Nina Syamimi: Tidak

Haresh: Setuju saya cadangkan reaksi seseorang itu berkaitan dengan kes dan senario yang dihadapi tidak pernah sama semua.

Nina Syamimi: Setuju

Saksi itu memberitahu demikian ketika pemeriksaan balas pihak pembelaan berhubung keterangannya pada 5 Februari lalu yang mengatakan Ismanira seperti ‘kosong’ dan tiada perasaan.

Dalam keterangannya terdahulu, saksi itu memaklumkan reaksi wanita itu dilihat ketika dia bertemu dengan Ismanira di Apartment Idaman, Damansara Damai untuk rakaman percakapan pada hari kehilangan Zayn Rayyan.

Nina Syamimi juga bersetuju dengan cadangan Haresh setiap orang mempunyai reaksi dan riak wajah berbeza apabila berdepan dengan pelbagai situasi.

Sementara itu, Nina Syamimi turut bersetuju dengan cadangan pembelaan bahawa Ismanira tidak berputus asa mencari anak sulungnya itu di banyak tempat berdekatan Apartmen Idaman selepas kehilangan kanak-kanak itu pada 5 Disember 2023.

Nina Syamimi bersetuju dengan cadangan Haresh bahawa Ismanira pergi ke banyak tempat dan kawasan di sekitar Apartmen Idaman bersama-sama penduduk setempat dalam misi mencari kanak-kanak berkenaan.

Haresh: Setuju kalau saya cadangkan banyak tempat dan kawasan yang dilawati oleh tertuduh bersama-sama penduduk lain dalam misi mencari arwah Zayn?

Nina Syamimi: Setuju.

Haresh: Setuju kalau saya cadangkan tertuduh telah pergi mencari dari tingkat ke tingkat termasuk taman permainan di Blok R Apartmen Idaman?

Nina Syamimi: Setuju

Haresh: Setuju kalau saya cadangkan penduduk-penduduk dan tertuduh tidak berputus asa dalam mencari arwah Zayn Rayyan?

Nina Syamimi: Setuju.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang kedua-duanya berusia berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding perbicaraan bersambung lagi esok.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

3 days ago

Sayidina

BAWAL POLYVOILE THESELAMAH – ALLSTARs.shopee.com.my/3fpQ7NPkxw

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

Baju Melayu Budak (Pearl Skin Soft premium Quality)s.shopee.com.my/4VOX6qjVkF

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

SAMPIN INSTANT DEWASA viral 2025s.shopee.com.my/9f6dGJ58Gu

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

MARIA KEBARUNG BAJU LABUH baju kurung sedondon ibu dan anak Moden Sulam Kurung Set Ibu &Anak Baju Raya 2025s.shopee.com.my/8Uufs7WEad

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

[ NO.1 ] Sampul Duit Raya 2025 (10 KEPING) | 51 Design EXCLUSIVE | READY STOCK | Fast Delivery !s.shopee.com.my/3q8qJU7cwK

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

Jelita kabaya Ready stocks.shopee.com.my/4L56uMbnnf

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/3q8qJNJOLK

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackouts.shopee.com.my/705s5XtIGa

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

Lampu Raya 8 Modes 30/50/100 Led Solar Fairy String Light Crystal Ball Bubble Lamp Party Decorations.shopee.com.my/7fLYsoudBS

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

ANYSON WEAR Jubah Lelaki Dewasa Muslim 2XL Plus Size Pelbagai Warna Solat Jumaat Hari Rayas.shopee.com.my/5ptuhXcqPa

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

🔥NEW B50🔥 BAWAL PREMIUM COTTON PRINTED BIDANG 50 [ COTTON PREMIUM ]s.shopee.com.my/3fpQ7e15Hs

See MoreSee Less

View on Facebook