Warga Myanmar ditemukan lemas ketika cari kerang

KUANTAN – Kegembiraan lima rakan mencari kerang di Pantai Tanjung Selangor, Peramu, Pekan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang meninggal dunia itu dikenali Muhamad Arif Mohd Samsu berusia 20-an yang juga warga Myanmar.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kejadian itu disedari selepas rakan mangsa tidak kelihatan di pantai itu ketika melakukan aktiviti mencari kerang kira-kira jam 2.27 petang.

“Sebaik menerima panggilan, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berkejar ke lokasi kejadian dan memulakan operasi pencarian di pesisir pantai itu.

“Mangsa akhirnya ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang oleh pasukan bomba dan polis yang menjalankan pencarian di kawasan pantai pada jam 4.15 petang ini,” katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

TYESO Vacuum Insulated Tumbler Sport Bottle (600/750/1050/1200ml) TS-8706C/TS-8709C/TS-8724/TS-8725s.shopee.com.my/4L5lov26pU

See MoreSee Less

View on Facebook