NANJING – Empat orang terbunuh dan empat lagi cedera berikutan letupan di sebuah syarikat di bandar Taizhou, wilayah Jiangsu di timur China, pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.
Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang di syarikat bioteknologi Jiangsu Huili di daerah Gaogang di bandar itu. Syarikat itu pakar dalam penapaian biologi dan bidang berkaitan.
Siasatan mengenai punca letupan sedang dijalankan.
XINHUA